Wednesday, February 8, 2012

IPTA vs IPTS. Kenapa nak banding-banding?

      Berikutan dgn kemajuan dan negara kita semakin membangun, ilmu adalah sgt penting dalam mencipta lapisan belia yg bakal menjadi pemimpin negara. Selaras dgn  keperluan pendidikan, bnyk institusi pengajian tinggi dibangunkan bagai cendawan yg tumbuh selepas hujan di negara kita samaada awam ataupun swasta.  Isu ni kerap ditimbul oleh semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar sendiri. IPTA ke IPTS? Bagi adem, isu ni tak perlu timbul pun. Kedua-duanya ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. IPTS ni kerap dilabelkan negatif dibibir-bibir orang terutamanya para ibu bapa. Mereka mungkin kurang diberi pendedahan tentang institusi berkenaan, sebaliknya melihat dulu pada kos pelajaran setiap sem.  Sebagai seorang pelajar IPTS, adem akui, yuran yg terpaksa ditanggung oleh pelajar agak mahal berbanding IPTA. Tapi ada sebab adem memilih IPTS ni sendiri. Pertama sekali yuran dan elaun sara diri adem ditanggung sepenuhnya oleh MARA. Pinjaman pendidikan MARA ni kira best jugak lah, sebab bila kita berjaya memperoleh keputusan yg bagus, pinjaman tu bertukar kepada biasiswa atau pengurangan pembayaran dan hanya perlu membayar 10% sahaja dari jumlah pinjaman keseluruhan. Jadi kalau nk free tu usaha lebih la bro. bak kata orang what u give, u get back the price kan. Keduanya, disebabkan kursus yg diminati tidak terdapat di mana-mana IPTA dalam negara. Sebelum melanjutkan pelajaran dalam sarjana muda di IPTS ni, adem sebenarnya seorang graduan diploma di salah sebuah IPTA dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Walaupun telah mendapat tawaran menyabung ijazah di IPTA untuk kursus yang sama, adem memilih IPTS. Ini kerana selepas menamatkan diploma, adem mula terlihat satu jurusan yg kurang diceburi orang dan hanya terdapat di universiti adem sekarang. Selaras dgn permintaan  yg semakin tinggi, tetapi kurang golongan kemahiran tinggi dalam bidang tersebut , membuatkan adem semakin minat dalam bidang ni selain ianya amat mencabar bagi adem. Setelah pengalaman adem menuntut di kedua-dua jenis institusi ni, adem dapati tak ada beza sgt pun kedua-duanya. Kedua-duanya mempunyai tenaga pengajar yg pakar dan berkualiti serta pelbagai kemudahan masing2. Semuanya terletak pada pelajar itu sendiri. Bak kata orang, kalau nk menuntut tu kat mana-mana pun boleh, yg penting dgn niat asal yg betul serta usaha.  Tak bermakna gagal ke IPTA bermakna anda gagal dalam hidup. Ingat, rezeki tu dtg dari Allah (s.w.t). Cuma berdoalah untuk yg terbaik. In shaa Allah..