Berikutan dgn
kemajuan dan negara kita semakin membangun, ilmu adalah sgt penting dalam
mencipta lapisan belia yg bakal menjadi pemimpin negara. Selaras dgn keperluan pendidikan, bnyk institusi pengajian tinggi dibangunkan bagai cendawan yg tumbuh selepas hujan di negara kita
samaada awam ataupun swasta. Isu ni
kerap ditimbul oleh semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar sendiri. IPTA
ke IPTS? Bagi adem, isu ni tak perlu timbul pun. Kedua-duanya ada kelemahan dan
kelebihan masing-masing. IPTS ni kerap dilabelkan negatif dibibir-bibir orang
terutamanya para ibu bapa. Mereka mungkin kurang diberi pendedahan tentang
institusi berkenaan, sebaliknya melihat dulu pada kos pelajaran setiap sem. Sebagai seorang pelajar IPTS, adem akui, yuran
yg terpaksa ditanggung oleh pelajar agak mahal berbanding IPTA. Tapi ada sebab
adem memilih IPTS ni sendiri. Pertama sekali yuran dan elaun sara diri adem
ditanggung sepenuhnya oleh MARA. Pinjaman pendidikan MARA ni kira best jugak
lah, sebab bila kita berjaya memperoleh keputusan yg bagus, pinjaman tu
bertukar kepada biasiswa atau pengurangan pembayaran dan hanya perlu membayar
10% sahaja dari jumlah pinjaman keseluruhan. Jadi kalau nk free tu usaha lebih
la bro. bak kata orang what u give, u get back the price kan. Keduanya,
disebabkan kursus yg diminati tidak terdapat di mana-mana IPTA dalam negara.
Sebelum melanjutkan pelajaran dalam sarjana muda di IPTS ni, adem sebenarnya
seorang graduan diploma di salah sebuah IPTA dalam bidang kejuruteraan
mekanikal. Walaupun telah mendapat tawaran menyabung ijazah di IPTA untuk
kursus yang sama, adem memilih IPTS. Ini kerana selepas menamatkan diploma,
adem mula terlihat satu jurusan yg kurang diceburi orang dan hanya terdapat di universiti
adem sekarang. Selaras dgn permintaan yg
semakin tinggi, tetapi kurang golongan kemahiran tinggi dalam bidang tersebut
, membuatkan adem semakin minat dalam bidang ni selain ianya amat mencabar
bagi adem. Setelah pengalaman adem menuntut di kedua-dua jenis institusi ni,
adem dapati tak ada beza sgt pun kedua-duanya. Kedua-duanya mempunyai tenaga
pengajar yg pakar dan berkualiti serta pelbagai kemudahan masing2. Semuanya
terletak pada pelajar itu sendiri. Bak kata orang, kalau nk menuntut tu kat
mana-mana pun boleh, yg penting dgn niat asal yg betul serta usaha. Tak bermakna gagal ke IPTA bermakna anda gagal
dalam hidup. Ingat, rezeki tu dtg dari Allah (s.w.t). Cuma berdoalah untuk yg
terbaik. In shaa Allah..
Wednesday, February 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment